Saturday, 17 December 2022

Tanah Runtuh Batang Kali

Survivors landslide in Batang Kali in stable condition




SELAYANG, Selangor: Four people who were injured in Friday's landslide at a campsite in Batang Kali are in stable condition, said Malaysia's health minister Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha was accompanied by the wife of Prime Minister Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

“All of them are stable and comfortable. Some of them may be discharged either tomorrow or the day after,” she told reporters on Saturday (Dec 17) after meeting the survivors who are being treated at Selayang Hospital in Selangor.

“This will continue until they return home. This is very important because they have undergone trauma. They will need support,” Dr Zaliha said, adding that she hopes the families of the victims would stay strong in the face of the tragedy.

The hospital is also providing psychological support to the survivors.


One of the survivors in hospital is 25 weeks pregnant. 

The woman, who did not want to be identified, told reporters briefly that the mud from the landslide ended up at the side of her tent.

She said everyone was sleeping when the tragedy stuck and that her husband had helped rescue a survivor and her child.


According to the National Disaster Management Agency (NADMA), eight survivors had been admitted to different hospitals for treatment.

Three of them were discharged on Friday. Another four were taken to Selayang Hospital and one was taken to Kuala Lumpur Hospital.   

Wednesday, 16 May 2018

Tiada penahanan, polis angkut beg - Peguam Najib



PETALING JAYA: Tiada penahanan dilakukan susulan tindakan polis menggeledah lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu media pada pukul 4 pagi Khamis bahawa polis telah memeriksa kediaman Ahli Parlimen Pekan di Taman Duta, di ibu negara.
Beliau berkata, ahli keluarga Najib telah memberi kerjasama bagi membolehkan pihak polis melaksanakan tugas mereka.

"Tiada dokumen diambil, kecuali barangan peribadi termasuk beg tangan.
"Kami percaya polis akan mengambil dua atau tiga kotak lagi yang mengandungi pelbagai barangan.
"Ia sebuah rumah yang besar, jadi mereka perlu memeriksa setiap bilik di dalamnya, sebab itu ia mengambil masa yang lama.
"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat ketika ini, tiada juga petunjuk kemungkinan akan berlaku penahanan," katanya.

Setakat ini juga tiada pertuduhan akan dibuat, walaupun Harpal percaya ia mungkin disiasat mengikut akta pengubahan wang haram.
Beliau juga mengesahkan polis telah menggeledah pangsapuri Najib di ibu negara.
Sebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mengesahkan polis telah memeriksa lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.
Lokasi itu termasuk kediamannya di Taman Duta, Sri Perdana di Putrajaya, dua lokadi di Pavilion KL dan pejabat Perdana Menteri.
Sebelum ini Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Ben Ali membuat laporan polis mengenai pemindahan barangan peribadi berjenama mewah didakwa milik isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber : mStar Online

Sunday, 22 April 2018

Teruk dikecam, ini penjelasan gadis 'enggan teran anak di hospital kerajaan'!



Tweet @qweenmir tular di media sosial.
PETALING JAYA: Gara-gara dikecam netizen susulan posting 'angan-angannya' untuk bersalin di sebuah hospital swasta mahal baru-baru ini, gadis yang menggunakan akaun Twitter @qweenmir memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.
Menurut gadis tersebut, posting berbaur 'amaran' kepada bakal suaminya itu hanyalah sekadar gurauan.
"Kalau tak boleh terima gurauan baik main Facebook je," tulisnya.
Namun, bagaikan sudah terlambat apabila netizen menganggap gadis itu memandang remeh perbuatannya dan tidak berfikir sebelum bertindak.
@myrajane berkata:"Anda tidak boleh kata sesiapa sahaja mempunyai fikiran sama seperti anda kerana anda menyebabkan orang ramai berfikir dari perspektif yang berbeza."
Sebelum ini, gadis tersebut diserang netizen selepas posting yang mengingatkan bakal suaminya bahawa dia mahu bersalin di sebuah hospital swasta mewah, tular di media sosial.
Lebih memburukkan lagi keadaan, dia turut mengugut enggan melahirkan anak jika dihantar bakal suaminya itu bersalin di hospital kerajaan.
"Jaga-jaga bakal suami, i nak beranak kat Prince Court tau. Kalau you bawak i pegi hospital kerajaan, i tak nak teran anak kita," tulisnya.
Susulan itu, gadis tersebut mendedahkan dia menerima banyak komen balas bersifat kecaman di postingnya.

Twitter milik gadis tersebut turut dihujani komen balas bersifat kecaman netizen.

"Saya tidur selama dua jam, selepas saya bangun saya lihat banyak komen balas kecaman di tweet saya," tulisnya.
Malah, gadis tersebut dilihat seolah-olah mempertahankan kenyataannya itu dengan berkata dia memilih hospital swasta kerana mahukan perkhidmatan terbaik dan keselesaan semasa bersalin.
"Apa yang saya maksudkan adalah saya ingin bersalin di sebuah hospital swasta untuk keselesaan semasa bersalin. Saya boleh menggunakan wang saya sendiri atau suami atau ibu bapa saya. Ia bukan urusan anda," tulisnya.

Posting gadis itu turut mendapat perhatian Mohd Hilmi Ahmad Adnan yang turut berkesempatan berkongsi cerita mengenai pengalamannya melayan kerenah sepasang suami isteri semasa bertugas di sebuah hospital swasta pada 2016.

Menurutnya, suami wanita tersebut tidak mampu membiayai kos rawatan isterinya tetapi tetap mahu isterinya itu bersalin di hospital tersebut meskipun diberi pilihan untuk ke hospital kerajaan.

"Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat ***** untuk LSCS. Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yang awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”.

"Aku pun tanyalah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata dia ada lalu kat depan *** masa *** belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nak anak, suami dia kena bawa dia beranak kat ****," tulisnya.

Mohd Hilmi turut terkena tempias dan dikecam gara-gara posting tersebut.
Namun lelaki itu tampil menjelaskan bahawa dia sekadar ingin mengingatkan pasangan suami isteri supaya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

"Aku bukan anti hospital swastalah. Hakikatnya, akak dan adik aku pun bersalin kat hospital swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tengoklah pada bajet anda," tulisnya.

Sumber : mStar Online

Friday, 6 April 2018

Mengejutkan! Daging kucing, anjing kini dijual online



-foto FB Persatuan Haiwan Malaysia
PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman Facebooknya awal minggu ini berkongsi kisah dari Johor mendakwa terdapat pendatang asing warga Vietnam secara terbuka menjual daging anjing dan kucing, termasuk di laman Facebook.
Posting itu menunjukkan paparan skrin posting asal yang dikongsi oleh pasangan Vietnam, menawarkan daging anjing 'segar dan mentah' untuk dijual.
Gambar yang disertakan menunjukkan organ dalaman anjing dikorek dari badan sebelum dimasak.



Paparan skrin posting di FB MAA menunjukkan penjualan daging anjing di laman tersebut.
Mereka memberitahu pengikut di Facebook bahawa ia dijual pada harga RM18 sekilogram dan mendakwa ia adalah anjing jalanan.
Seorang pencinta haiwan tempatan telah menunjukkan foto-foto itu untuk perhatian MAA, yang mana ia mungkin satu amalan biasa di Vietnam tetapi ia bukan sesuatu yang dapat diterima dalam budaya Malaysia.
MAA kemudian berkongsi satu lagi posting mendakwa sekumpulan warga Vietnam di Selangor menawarkan daging kucing untuk dijual secara pasaran gelap di lokasi yang tidak didedahkan.



Cara pendatang asing mematikan kucing dengan merendam dalam air panas supaya bulu dapat dicabut dengan mudah dan menyeluruh. -foto/kapsyen FB MAA
"Dalang utama penjualan daging kucing ini adalah oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing.
"Amat meragukan ada pihak yang mengaku adopter dan mahu menyelamatkan kucing membuat adoption kucing dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal setiap kali mengadop kucing. Rupa-rupanya ada aktiviti haram seperti ini berlaku," tulisnya dalam posting pada Isnin.



Proses membuang bulu kucing selepas mati akibat direndam dalam air panas tanpa penyembelihan. -foto/kapsyen FB MAA
Menurut posting itu, amat menyedihkan apabila tiada undang-undang khusus untuk menghukum pesalah pemakan kucing dan anjing di Malaysia.
"Menurut undang-undang sedia ada, kesalahan mematikan kucing dan anjing digunapakai sekiranya kematian haiwan bulus tersebut dilakukan secara zalim tanpa penyembelihan mengikut garis panduan sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.



Hidangan didakwa daging kucing yang siap dimasak dan sedia untuk dimakan. -foto FB MAA
"Animal Malaysia mendesak dan menuntut agar kerajaan menggubal satu rang undang-undang agar meletakkan haiwan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan bukan makanan dan dilarang bunuh untuk pemakanan di negara ini," katanya.


Thursday, 5 April 2018

Fara Hezel mengaku Erry Putra kekasihnya



Fara mengenali Erry sejak lima bulan lalu menerusi laman Instagram.

PENYANYI Fara Hezel mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Erry Putra.
Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 22, berkata dia dan Erry mula berkenalan menerusi Instagram sejak lima bulan lalu.
"Memang saya dan Erry sedang bercinta. Kami kenal dah lima bulan melalui Instagram.
"Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing," kata Fara kepada mStar Online.



Foto yang dimuat naik peminat Fara di Instagram.
Fara diminta mengulas foto dia dan Erry dimuat naik peminat yang gembira melihat mereka bersama.
Tambah Fara lagi, dia belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
Menurut kakak kepada penyanyi Aiman Tino, keluarganya tidak pernah masuk campur tentang hubungannya.
"Saya tak terfikir lagi soal kahwin atau nak bawa hubungan ini ke peringkat yang serius.
"Sebab masih baru lagi dan saya pun belum cukup kenal lagi Erry. Begitu juga dengannya. 



Fara akan lanjutkan pelajaran dalam ijazah komunikasi.
"Aiman dan ibu bapa saya tak masuk campur sangat tentang hubungan ini tapi mereka tahu," ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti ini berhasrat melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun hadapan selepas menamatkan diplomanya tahun lalu.
"Saya masih menunggu majlis konvokesyen pada bulan Oktober depan. Insya-Allah tahun depan ada perancangan nak sambung belajar.
"Mungkin selepas ini saya nak sambung dalam jurusan komunikasi pula atau teruskan je bidang perniagaan," katanya.
Fara telah menamatkan pelajaran adalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada tahun lalu.

Sumber : mStar Online

Wednesday, 4 April 2018

Bekas madu Izreen dah ‘move on’, tak perlu raih simpati


EMPAT bulan mengharungi tempoh paling sukar dalam hidup, bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda ini mengakui sedang belajar untuk membina kehidupan baru selepas bercerai pada bulan lalu.
Intan Liana Saleh, 33, berkata buat masa ini dia menerima banyak tawaran seperti menjadi model pakaian bagi menyara kehidupannya.
”Rezeki datang dengan cara ini, saya perlu lalui dah hadapi segala yang terjadi.
”Intan cuba perlahan-lahan bangkit,” kata Intan kepada mStar Online.
Kisah rumahtangga wanita ini mendapat perhatian meluas media dan netizen apabila mahligai bersama pemuzik bebas, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid bergolak selepas kehadiran Izreen sebagai orang ketiga.
Izreen dan Ude dilaporkan berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.
Reda dengan khabar duka yang diterima, Intan menyatakan rela bermadu dengan pelakon tersebut.
Namun mimpi ngeri sekali lagi menjengah Intan selepas suami Ude menfailkan permohonan cerai terhadapnya pada 30 November.
Pada 22 Mac 2018, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjadi saksi kepada pengakhiran episod pilu ini apabila Ude melafazkan cerai terhadap, Intan sebagai isteri pertamanya dengan talak satu.
Rumah tangga Intan dan Ude yang dibina kira-kira empat tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata masing-masing tiga dan satu tahun.

Video tular hantu kebaya merah ditonton 27 juta kali



Umie Aida memegang watak sebagai Diana Dahlan dalam Dukun. Foto AHMAD ZAMIR

KUALA LUMPUR: Ketika orang ramai kecoh dengan penyebaran video kelibat hantu berkebaya merah, pihak Astro Shaw yang melakukan gimik tersebut berbangga apabila perancangan itu tular sekali gus meraih 27 juta tontonan.
Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, pihaknya memang sengaja menerbitkan video itu dengan tujuan untuk ia menjadi tular dalam usaha melakukan kempen mempromosikan filem Dukun yang terperam selama 12 tahun selain menyifatkan idea itu berjaya.

“Video itu memang kami yang hasilkan sebagai satu bentuk kempen sebelum kami mengumumkan tarikh tayangan Dukun kepada umum.
“Bagaimanapun tidak sangka pula strategi itu berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga ia mendapat 27 juta tontonan setakat ini,” katanya.
Najwa ditemui pada tayangan perdana Dukun yang diadakan pada petang Rabu.

Video memperlihatkan perempuan berkebaya merah berjalan di jalan raya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ia menampilkan barisan pelakon seperti Datin Umie Aida, Namron, Faizal Hussien, Elyana, Adlin Aman Ramlie dan Bront Palarae dan mula menemui penonton di pawagam bermula hari ini (5 April).
Baru-baru ini netizen kecoh menyebar dan membincangkan mengenai sebuah video kelibat wanita berkebaya merah dengan pelbagai andaian dan spekulasi mengenai kejadian itu.
Namun mereka tidak menyedari ia adalah satu gimik yang berjaya dilakukan pihak Astro Shaw bagi mempromosikan Dukun yang secara tidak langsung memperlihatkan netizen begitu mudah menerima diperdayakan dengan perkara sedemikian rupa.
Dalam pada itu, Najwa menjelaskan Dukun sebenarnya bukan kisah adaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.
Sebaliknya kata Najwa, jika dilihat jalan cerita sebenarnya ia tidak mempunyai kaitan sebaliknya ia lebih mengangkat kisah mengenai ketaksuban manusia dalam pelbagai perkara menerusi amalam syirik dan khurafat.
"Skrip dizahirkan cukup kuat dan berlatarkan kisah yang sememangnya berlaku dalam masyarakat kita yang ada di antaranya memilih jalan mudah dengan membelakangkan agama.
"Ia bukan berkisar mengenai sesiapa sebaliknya ia ada jalan cerita tersendiri yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian kita," katanya.

Barisan pelakon Dukun...(dari kiri); Hasnol Rahmat, Faizal Hussien, Dain Said (Pengarah), Umie Aida dan Elyana.
Untuk rekod, Dukun diharamkan tayangannya pada Disember 2006 oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi dan boleh meniyinggung perasaan.
Sementara itu, Najwa berkata, pihak teruja apabila Dukun ditayangkan menerusi 100 buah panggung di seluruh Malaysia termasuk Brunei.
Malah kata Najwa, pihaknya turut merancang untuk mengedar Dukun ke beberapa negara lain.
Dukun arahan Dain Said dibintangi oleh Datin Umie Aida, Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Tanah Runtuh Batang Kali

Survivors landslide in Batang Kali in stable condition SELAYANG, Selangor: Four people who were injured in  Friday's landslide at a camp...