Friday, 6 April 2018

Mengejutkan! Daging kucing, anjing kini dijual online



-foto FB Persatuan Haiwan Malaysia
PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman Facebooknya awal minggu ini berkongsi kisah dari Johor mendakwa terdapat pendatang asing warga Vietnam secara terbuka menjual daging anjing dan kucing, termasuk di laman Facebook.
Posting itu menunjukkan paparan skrin posting asal yang dikongsi oleh pasangan Vietnam, menawarkan daging anjing 'segar dan mentah' untuk dijual.
Gambar yang disertakan menunjukkan organ dalaman anjing dikorek dari badan sebelum dimasak.



Paparan skrin posting di FB MAA menunjukkan penjualan daging anjing di laman tersebut.
Mereka memberitahu pengikut di Facebook bahawa ia dijual pada harga RM18 sekilogram dan mendakwa ia adalah anjing jalanan.
Seorang pencinta haiwan tempatan telah menunjukkan foto-foto itu untuk perhatian MAA, yang mana ia mungkin satu amalan biasa di Vietnam tetapi ia bukan sesuatu yang dapat diterima dalam budaya Malaysia.
MAA kemudian berkongsi satu lagi posting mendakwa sekumpulan warga Vietnam di Selangor menawarkan daging kucing untuk dijual secara pasaran gelap di lokasi yang tidak didedahkan.



Cara pendatang asing mematikan kucing dengan merendam dalam air panas supaya bulu dapat dicabut dengan mudah dan menyeluruh. -foto/kapsyen FB MAA
"Dalang utama penjualan daging kucing ini adalah oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing.
"Amat meragukan ada pihak yang mengaku adopter dan mahu menyelamatkan kucing membuat adoption kucing dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal setiap kali mengadop kucing. Rupa-rupanya ada aktiviti haram seperti ini berlaku," tulisnya dalam posting pada Isnin.



Proses membuang bulu kucing selepas mati akibat direndam dalam air panas tanpa penyembelihan. -foto/kapsyen FB MAA
Menurut posting itu, amat menyedihkan apabila tiada undang-undang khusus untuk menghukum pesalah pemakan kucing dan anjing di Malaysia.
"Menurut undang-undang sedia ada, kesalahan mematikan kucing dan anjing digunapakai sekiranya kematian haiwan bulus tersebut dilakukan secara zalim tanpa penyembelihan mengikut garis panduan sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.



Hidangan didakwa daging kucing yang siap dimasak dan sedia untuk dimakan. -foto FB MAA
"Animal Malaysia mendesak dan menuntut agar kerajaan menggubal satu rang undang-undang agar meletakkan haiwan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan bukan makanan dan dilarang bunuh untuk pemakanan di negara ini," katanya.


No comments:

Post a Comment

Tanah Runtuh Batang Kali

Survivors landslide in Batang Kali in stable condition SELAYANG, Selangor: Four people who were injured in  Friday's landslide at a camp...